~PeNajA KuRanG RaSMi~

Thursday, December 1, 2011

COME ON


Lame x menulis, sedar tak sedar, lame jugak tak menulis.
Sibuk dek projek tahun akhir, dan kelas nan berbukit, serta ntah ape je lagi benda mengarut.

Masa kini berlalu dengan pantas.
Kejap sangat rase dari jam 6.30 pagi smpai nk jumpa 12 tengah malam tu.
Ase tak cukup dgn 24 jam yang ade.
Ape dunia ni semakin hampir ke hari yang dijanjikan ALLAH?
Masuk waktu solat lebih cepat. Cepat sampai ade yang sampai masjid sesudah jemaah lain usai menunaikan solat Jumaat.
Dunia makin memakan manusia.
Teknologi dicipta bukan sekadar memudahkan, malah melembapkan lagi manusia.
Ade reminder kat handphone, mengingatkan kita deadline yg mungkin ade masa lagi untuk bersenang sebelum sampainya hari yg ditetapkan.

Manusia makin tidak sehat. Baik dari rokok, dari makanan, dari gaya hidup, dari persekitaran juga.
Bila diri memandu sendirian pulang dari kelas, sejenak terfikir, baiknya juga kalau dibuka saja tingkap dan pintu kereta agar lebih segar udara yang berlalu.
Tapi majoriti kata, panas laaa, habuk masuk nanti banyak tahi hidung pula.
COME ON,
 air cond tu cuma menambah lesu badan je. takde segar nyer pon.
Ade pandangan sinis, lebel rempit dihambur kepada pencinta udara segar beroda dua.  
COME ON lagi sekali,
 sekurangnya kenderaan yg mereka naiki berdua itu lebih sedikit pembakaran harta alam dari kenderaan yang berkilat dgn empat tayar itu.

Pertelingkahan umat manusia semakin meruncing, tak boleh ade teguran sikit, terus melenting.
Baik dari yg berkupiah serba labuh, bertali leher serba kemas, sampai laa yg berseluar dan berskirt serba pendek.
COME ON sekali lagi.. 
Dengar je la org nak kata apa.. Pertimbangkan semua perkara dalam hati sendiri dah..
Kalau tak puas hati jugak, bincang la dgn sempurna. Jelas pokok pangkal nya..

Nk ditulis lagi, ade sampai esok pagi tak sudah lagi bercerita..
hujungkan saja disini.. Ada umur, menulis dan membaca lagi..
..Salam..

Buat rakyat malaysia sekiannya khusus umat ISLAM,
melaburlah duit anda pada emas dan perak..
pastikan miliki pelaburan untuk jaminan masa mendatang.