~PeNajA KuRanG RaSMi~

Tuesday, October 26, 2010

Mengulas Ulasan Demi Pulasan..


..Salam buat semua pembaca BLoK Tp BlOg..

Fuh.. Sedikit ulasan dari post yg lepas..
Bila Pendidikan Dimanipulasi Dan Dimonopoli.
Hangat sangat suasana nye..
Tak tahu lah nk kata apa sampai teruk sangat keadaan nyer..
Ada yang dari pihak ni, membangkang dan ada juga pihak yang menyokong idea dan artikel yang ditulis..

Sebagai salah satu jalan penyelesaian yg terbaik..
Budak mengambil kesempatan ini memohon maaf sekali lagi atas apa-apa ketelanjuran dalam post yang lepas..

Namun setelah budak meneliti balik setiap ayat-ayat didalam post dan komen yang lepas..
Budak mendapati ramai yang mungkin kurang/tidak faham dengan apa yang cuba budak suarakan..
Takpe lah.. Itu hak individu nak bersuara juga..

By the way.. Ingin budak perkenalkan Alpha Hacker..
Pakar dalam encrypt dan decrypt, crack dan hack..
Dan dia bergerak dengan komuniti nyer sendiri dalam memperjuangkan kebebasan di laman web..


Okey.. Buat sesiapa yang ada idea nk kasi budak nk buat research dan tulis artikel.. sila la sertakan di ruangan komen.. 
Biar Membina, Jangan Menghina..

Tuesday, October 19, 2010

Bila Pendidikan Dimanipulasi dan Dimonopoli....(Repost Upon Request)

(Repost Upon Request)
Bila Pendidikan Dimanipulasi dan Dimonopoli....

.Assalamualikum.
Salam pembuka bicara buat pembaca setia BLoK To BlOg..
sekian lame menyepi ta menulis.. so, budak mencuri-curi sikit mase yg ade tok menulis pe yang patot dibaca oleh rakan bersama..

Okey laa.. Tak nk buang mase sangat laa dengan mukadimah yang tah pape.. Trus nk merujuk pada tajuk yang tertera kat atas tu...
Bnda yang asal nyer nk membantu pelajar dan meningkatkan kualiti pendidikan kini menjadi mangsa monopoli dan manipulasi orang-orang yang dikatakan mempunyai pemikiran terbuka..
Ape yang budak maksudkan ialah,

PORTAL PENDIDIKAN SCORE A.


Nape dia dikatekan memanipulasi sistem pendidikan??
Meh sini budak terangkan sikit dari sejarah smpai laa jadik perkara ni..

Portal Score A, diusahakan oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan pada awal 1998..
Mereka merupakan peneraju dalam mencetus fanomena pendidikan secara online..
Dengan idea asal yang baru dan segar, seiringan dengan matlamat MALAYSIA menuju negara maju, portal ini diperkenalkan kepada sekolah-sekolah yang terpilih sebagai salah satu medium kajian.
Atas kejayaan yang diperolehi, portal ini mula dipasarkan keserata negara namun sambutan yang diterima amat kurang memberangsangkan.

Namun, disebabkan kerana pembangunan MALAYSIA kini semakin pesat, Portal yang pada dasarnya untuk membantu pelajar kini menjadi peluang perniagaan yang dilihat mampu menjana pendapatan yang besar.
Multi Level marketing merupakan salah satu medium yang digunakan dalam pemasaran portal ini.

Budak menulis perkara ini adalah kerana terkesannya kekecewaan yang dialami 2 hari lepas.
Nak dijadikan cerita, budak telah pergi bersama 2 kenalan lain untuk menghadiri "talk" yang diadakan di kota damansara setelah diajak berulang kali oleh rakan sekampung sendiri.
Pada asal nye, budak ingatkan budak akan menghadiri sebuah taklimat mengenai pendidikan.
Namun sebalik nyer telah berlaku. Taklimat itu merupakan penerangan asas untuk menyertai multi level marketing yang memasarkan portal pendidikan ini.

Pada asal nya budak agak terkilan dengan sikap rakan budak yang sanggup menipu demi mengajak budak menyertai "talk" pada malam itu, namun budak sertai juga taklimat pada hari berikutnya yang memerlukan budak untuk membayar RM70 sebagai tiket untuk menghadiri taklimat.
Hari berikutnya budak menghadirkan diri ke taklimat sebagai ahli baru namun disebalik itu budak menjadi pemerhati bebas dengan memerhatikan cara mereka mempengaruh, menipu, mereka-reka cerita dan sebagainya disamping mengharapkan ada keajaiban.

Dan akhirnya, budak tidak salah lagi.
Ini merupakan MULTILEVEL MARKETING!!!
Sistem Portal yang dipasarkan itu merupakan mangsa haiwan-haiwan yang dahagakan wang ringgit!!
Budak boleh maafkan sekiranya MLM yang dilakukan tidak berkait dengan pendidikan.
Namun, budak sangat sangat sangat terkilan dengan haiwan yang memperdagangkan pendidikan.

Pendidikan merupakan hak asasi setiap manusia dimuka bumi ALLAH ini.. dan tidak dinafikan lg, ILMU adalah percuma. Semua perkara dipelajari dengan percuma.
Dari kitab Injil smpailah ke AL-Quran sekalipun, tidak ada sedikitpun unsur perniagaan dan perdagangan yang dikenakan oleh JUNJUNGAN kita yang terdahulu. Namun setelah wujud zaman pencetak, setiap buku yang dikeluarkan diletakkan harga sebagai bayaran balik kepada pencetak dan dianggap sebagai upah dan pulangan modal.

Namun pada hari ini, portal pendidikan ini dijadikan sebagai alat untuk mempergiatkan lagi jual beli dan penyertaan oleh haiwan-haiwan didalam multilevel marketing ini.

Ini kerana, setelah mengikuti taklimat dan menjalankan sedikit reseach secara peribadi,
perniagaan ini dijalankan bukan untuk membantu pelajar lagi, namun sebagai penggalak kepada penghasilan duit dengan cara menambahkan ahli bawahan.
Setiap ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk menyertai portal ini wajib membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan produk, dan mereka harus menjualkan produk itu kepada orang lain dan menjadikan orang itu sebagai ahli bawahannya dan proses itu diulangi sama seperti permulaannya oleh setiap ahli bawahan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan ahli yang teratas kerana dia merupakan pembekal produk kepada ahli-ahli bawahannya.

Sangat menyanyat hati bila pendidikan yang wajib diberikan secara adil dan saksama kepada setiap pelajar diperlakukan begini. Untuk ibu bapa yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim, dan keluarga yang dibawah tanggungan zakat, apakah yang akan mereka dapat?
Mereka tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk mendaftar pada program portal pendidikan ini. Ini mencetus kepada jurang pendidikan yang semakin jauh dimana golongan yang berkemampuan sahaja dapat menikmati pendidikan yang sempurna sebaliknya yang tidak berkemampuan akan terus ketinggalan dibelakang ditelan arus kewangan.


Bukan itu sahaja, perniagaan MLM ini juga dilihat sebagai satu bentuk penjajahan baru dalam ekonomi masa kini. Menambah ahli, lagi kaya.. Yang dah kaya dan berada diatas, terus kaya, yang tidak kaya dan berada dibawah, terus tidak kaya. Nak kaya, tipu orang ramai-ramai, ajak sertai, bila diorang dah sertai, dapat duit orang yang ditipu, kaya lah anda. Ape kah itu satu perniagaan yang HALAL?

Renungkan lah.. Budak bercakap dari pandangan bebas budak yang mahukan kebebasan pendidikan. Untuk diri sendiri, rakyat jelata, dan anak-anak harapan bangsa.

Maaf buat siapa-siapa yang tersinggung, ahli-ahli edata, dan terlebih dahulu buat rakan yang aku pandang ko sebagai sahabat dari tadika smpai ke universiti.. Dan sekarang, baru aku tau siapa ko sebenar..

Tolong sertakan komen-komen anda, terima kasih.

Monday, October 18, 2010

Penarik Balikkan....


Saya selaku admin untuk blog ini,
Ingin menarik balik entry yang lalu.
Bila Pendidikan Dimanipulasi dan Dimonopoli....
Atas sebab telah mencetus pertelingkahan sesama manusia.

Perkara ini terpaksa dilakukan bukan kerana saya mengalah dengan tomahan yang telah saya lalui.
Sebaliknya untuk memuat naik entry yang lebih hangat pada lain masa.
Lantas membidas dan memperjuangkan hak asasi manusia sejagat.

Terima Kasih atas komen yang diberikan.
Perhatian anda amat saya hargai dan saya ambil sebagai pendapat yang positif dari beberapa segi yang akan saya pertimbangkan.
Sekian.. Salam..
.BUDAK.