(Repost Upon Request)
Bila Pendidikan Dimanipulasi dan Dimonopoli....
.Assalamualikum.
Salam pembuka bicara buat pembaca setia BLoK To BlOg..
sekian lame menyepi ta menulis.. so, budak mencuri-curi sikit mase yg ade tok menulis pe yang patot dibaca oleh rakan bersama..
Okey laa.. Tak nk buang mase sangat laa dengan mukadimah yang tah pape.. Trus nk merujuk pada tajuk yang tertera kat atas tu...
Bnda yang asal nyer nk membantu pelajar dan meningkatkan kualiti pendidikan kini menjadi mangsa monopoli dan manipulasi orang-orang yang dikatakan mempunyai pemikiran terbuka..
Ape yang budak maksudkan ialah,
PORTAL PENDIDIKAN SCORE A.
Nape dia dikatekan memanipulasi sistem pendidikan??
Meh sini budak terangkan sikit dari sejarah smpai laa jadik perkara ni..
Portal Score A, diusahakan oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan pada awal 1998..
Mereka merupakan peneraju dalam mencetus fanomena pendidikan secara online..
Dengan idea asal yang baru dan segar, seiringan dengan matlamat MALAYSIA menuju negara maju, portal ini diperkenalkan kepada sekolah-sekolah yang terpilih sebagai salah satu medium kajian.
Atas kejayaan yang diperolehi, portal ini mula dipasarkan keserata negara namun sambutan yang diterima amat kurang memberangsangkan.
Namun, disebabkan kerana pembangunan MALAYSIA kini semakin pesat, Portal yang pada dasarnya untuk membantu pelajar kini menjadi peluang perniagaan yang dilihat mampu menjana pendapatan yang besar.
Multi Level marketing merupakan salah satu medium yang digunakan dalam pemasaran portal ini.
Budak menulis perkara ini adalah kerana terkesannya kekecewaan yang dialami 2 hari lepas.
Nak dijadikan cerita, budak telah pergi bersama 2 kenalan lain untuk menghadiri "talk" yang diadakan di kota damansara setelah diajak berulang kali oleh rakan sekampung sendiri.
Pada asal nye, budak ingatkan budak akan menghadiri sebuah taklimat mengenai pendidikan.
Namun sebalik nyer telah berlaku. Taklimat itu merupakan penerangan asas untuk menyertai multi level marketing yang memasarkan portal pendidikan ini.
Pada asal nya budak agak terkilan dengan sikap rakan budak yang sanggup menipu demi mengajak budak menyertai "talk" pada malam itu, namun budak sertai juga taklimat pada hari berikutnya yang memerlukan budak untuk membayar RM70 sebagai tiket untuk menghadiri taklimat.
Hari berikutnya budak menghadirkan diri ke taklimat sebagai ahli baru namun disebalik itu budak menjadi pemerhati bebas dengan memerhatikan cara mereka mempengaruh, menipu, mereka-reka cerita dan sebagainya disamping mengharapkan ada keajaiban.
Dan akhirnya, budak tidak salah lagi.
Ini merupakan MULTILEVEL MARKETING!!!
Sistem Portal yang dipasarkan itu merupakan mangsa haiwan-haiwan yang dahagakan wang ringgit!!
Budak boleh maafkan sekiranya MLM yang dilakukan tidak berkait dengan pendidikan.
Namun, budak sangat sangat sangat terkilan dengan haiwan yang memperdagangkan pendidikan.
Pendidikan merupakan hak asasi setiap manusia dimuka bumi ALLAH ini.. dan tidak dinafikan lg, ILMU adalah percuma. Semua perkara dipelajari dengan percuma.
Dari kitab Injil smpailah ke AL-Quran sekalipun, tidak ada sedikitpun unsur perniagaan dan perdagangan yang dikenakan oleh JUNJUNGAN kita yang terdahulu. Namun setelah wujud zaman pencetak, setiap buku yang dikeluarkan diletakkan harga sebagai bayaran balik kepada pencetak dan dianggap sebagai upah dan pulangan modal.
Namun pada hari ini, portal pendidikan ini dijadikan sebagai alat untuk mempergiatkan lagi jual beli dan penyertaan oleh haiwan-haiwan didalam multilevel marketing ini.
Ini kerana, setelah mengikuti taklimat dan menjalankan sedikit reseach secara peribadi,
perniagaan ini dijalankan bukan untuk membantu pelajar lagi, namun sebagai penggalak kepada penghasilan duit dengan cara menambahkan ahli bawahan.
Setiap ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk menyertai portal ini wajib membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan produk, dan mereka harus menjualkan produk itu kepada orang lain dan menjadikan orang itu sebagai ahli bawahannya dan proses itu diulangi sama seperti permulaannya oleh setiap ahli bawahan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan ahli yang teratas kerana dia merupakan pembekal produk kepada ahli-ahli bawahannya.
Sangat menyanyat hati bila pendidikan yang wajib diberikan secara adil dan saksama kepada setiap pelajar diperlakukan begini. Untuk ibu bapa yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim, dan keluarga yang dibawah tanggungan zakat, apakah yang akan mereka dapat?
Mereka tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk mendaftar pada program portal pendidikan ini. Ini mencetus kepada jurang pendidikan yang semakin jauh dimana golongan yang berkemampuan sahaja dapat menikmati pendidikan yang sempurna sebaliknya yang tidak berkemampuan akan terus ketinggalan dibelakang ditelan arus kewangan.
Bukan itu sahaja, perniagaan MLM ini juga dilihat sebagai satu bentuk penjajahan baru dalam ekonomi masa kini. Menambah ahli, lagi kaya.. Yang dah kaya dan berada diatas, terus kaya, yang tidak kaya dan berada dibawah, terus tidak kaya. Nak kaya, tipu orang ramai-ramai, ajak sertai, bila diorang dah sertai, dapat duit orang yang ditipu, kaya lah anda. Ape kah itu satu perniagaan yang HALAL?
Renungkan lah.. Budak bercakap dari pandangan bebas budak yang mahukan kebebasan pendidikan. Untuk diri sendiri, rakyat jelata, dan anak-anak harapan bangsa.
Maaf buat siapa-siapa yang tersinggung, ahli-ahli edata, dan terlebih dahulu buat rakan yang aku pandang ko sebagai sahabat dari tadika smpai ke universiti.. Dan sekarang, baru aku tau siapa ko sebenar..
Tolong sertakan komen-komen anda, terima kasih.
17 comments:
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Anonymous said...
kahkahkahkah.
October 17, 2010 9:40 AM
AsSaL said...
Salam kepada budak..saya Faris, salah sorg daripada distributor Score A edata, ingin membetulkan beberapa ayat anda yg FAKTANYA SALAH..so, tolong faham ye.1)"Setiap ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk menyertai portal ini wajib membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan produk, dan mereka harus menjualkan produk itu kepada orang lain dan menjadikan orang itu sebagai ahli bawahannya dan proses itu diulangi sama seperti permulaannya oleh setiap ahli bawahan." , fakta ini sememangnya tidak benar sama skali, kerana jika parent/abg/kakak beli produk ini utk anak/adik meraka, TIDAK WAJIB untuk mereka BERKONGSI CERITA kepada org lain. mereka boleh menggunakan produk itu dgn harga yg murah, yakni pakej paling kecil. & pakej ni mmg sgt murah, kerana penggunaan selama setahun, SEMUA subject + byk features2 dalam program ini. so aku nk tanye, sape yg amek kesempatan, guru2 yg buat tusyen kah? yg sebulan 1 subject mencecah RM50 kat kL ni, malah ade yg lagi mahal.kalau total 8 subject PMR, setahun dah RM4800, tapi score A hanya RM796..so tolong lah fikir..2)"Ape kah itu satu perniagaan yang HALAL?" kami sudah dapat syariah compliance, malah, sudah ade laporan BERTULIS mengenai Sijil SYARIAH ini, dimana ia menjawab soklan2 fekah, hukum secara DETAIL. dan mereka yg meluluskan sijil syariah ini, mengkaji sistem kami dari produk, marketing plan, kursus NDO, sehinggalah ke majlis2 besar kami..sume dorg kaji, lebih 3 bulan, baru dorg keluarkan sijil syariah & mereka adalah PAKAR dalam EKONOMI ISLAM..jadi, berdasarkan karangan saudara ini, maknanya saudara tidak menumpukan perhatian semasa didalam kursus NDO itu..sy bukan nk serang saudara, sy ingin menegakkan kebenaran.tolg jgn jadi sceptical, lihat la dunia ini..terima kasih..salam
October 17, 2010 6:19 PM
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Year One said...
Salam kepada As SaL A.K.A Faris yg mendistribute Score A edata. Terima kasih kerana memberi fakta yang boleh menegakkan ideologi perniagaan MLM anda.. Tp tetap berbalik kepada isu yang asal, kos untuk Score A itu sendiri tidak bersesuaian dengan ekonomi penduduk malaysia secara purata.
Kita kira secara purata, ibu bapa perlu membeli komputer, perlu membayar bayaran pemasangan, bayaran pendaftaran dan bayaran bulanan untuk langganan internet pula. Untuk mendaftar score A lg, perlukan peruntukan wang. Sy tidak menafikan tusyen itu adalah mahal tp sy lihat dari segi kita membantu guru-guru sekolah yang bergaji kecil perhempas pulas dari 8pagi smpai 3ptg berkerja naik turun tangga pusing keliling sekolah untuk pergi mengajar anak2 bangsa. tambahan, tanpa cikgu, TIDAK akan terlahir anak2 yang pandai berkawad, pandai menyelesaikan masalah, pandai membimbing kelas, dan belajar menghormati orang yang lebih tua kerana di dalam internet sumua perkara asas kehidupan tidak diajar. Tambahan, tusyen kebiasaan nya cuma memakan masa 6 ke 7 bulan sahaja setahun dan pengalaman amali turut disertakan bersama.
Dari segi perniagaan, Kita ambil contoh dari syarikat Les' Copaque, peneraju industri animasi yang peling berjaya diMalaysia. Kita lihat bagaimana mereka bermula dan bagaimana mereka mula berkembang dengan memberikan perkhidmatan kepada institusi kerajaan dalam menjayakan pelbagai module iklan. Atas sambutan yang memberangsangkan, mereka mula mengeluarkan dan memasarkan produk mereka secara terbuka. bukan dengan MLM yg sanggup menipu rakan sendiri semata untuk mengajak datang mendengar taklimat perniagaan. Dari awal nya kita sudah lihat muslihat penipuan, apakah itu berkat? Pernah atau tidak dengar istilah, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA?? Sebarang apa pon bentuk, kalau dah dimulakan dengan cara yang salah, akan terus salah melainkan duit yg diterima disalurkan sepenuhnya pada pihak yang diamanahkan. Ketakat nk cerita sijil SYARIAH, sy melihat sijil SYARIAH itu ada pada produk. Bukan pada syarikat yang menjayakan perniagaan MLM ini. Sy boleh kata ini HALAL sekiranya perniagaan dijalankan dengan cara 1 on 1 deal. Sy datang membeli, Anda jual, Selesai akad, kita tiada lagi hubungan. Bila2 sy datang lg, sy beli, sy bawak kawan, kawan sy beli, selesai akad, kita selesai. Tiada unsur mencari ahli bawahan untuk melariskan lagi jualan. Sekian..
October 17, 2010 7:37 PM
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Zari Effendi eDATA said...
salam...
nak kata bangang salah, nak kata cerdik memang x berapa cerdik... sebelum bercakap biarlah buat buat kajian terperinci bukan kajian rambang... utk info anda, sila baca dulu laporan bertulis panel syariah sebelum bg komen... at least anda boleh baca dr sijil kepatuahn syariah bahawa MLM Score A ini telah dikaji dari segi Produk & Biz Plan. Org yg mengkaji (Panel Syariah Kenshido) adalah org yg arif dlm Bidang Muamalah Islam, juga merupakan Panel Syraiah Bank Terkemuka yg pastinya ILMUnya diiktiraf... apa kelulusan & kearifan ILMU anda nak mempertikai Sijil Kepatuhan Syariah kami... dan utk INFO anda, saya sendiri adalah salah seorg distributor yg terlibat langsung dlm perbincangan selama 5 bulan dgn Panel Syariah... saya lebih mengetahuinya dr dlm kerana saya berada dlm meeting AJK Panel Syariah berbulan2... siapa anda yg nak menelah dlm kesamaran dr LUAR. Tolong mantapkan ILMU sebelum menghukum... Harap anda lebih cerdik selepas ini dan tidak bazirkan masa anda dgn membuat sesuatu pekerjaan dgn sia2... TQVM
October 17, 2010 9:52 PM
hanifazmi said...
Salam budak yg x berapa cerdik ni....
Anda melenting & marah ni hanya sbb rasa tertipu dgn kawan anda shj.
Anda perlu tahu niat sahabat anda itu hanyalah mahu berkongsi 1 peluang yg dia nampak boleh bantu anda.
Buka hati, buka minda bro,
Kalau KPNKK dh luluskan sijil utk perniagaan education ini diniagakan, bila professor dr USM sndiri nk buat RnD utk mlm education ni, pakar muamalat dah sahkan perniagaan ini halal,
SOALAN AKU SIAPA KO & APA KREDIBILITI KO UTK PEMBACA BLOG KO NI PERCAYA APA YG KO CAKAP?
October 18, 2010 12:43 AM
Ridzuan said...
Well said En Fendi...Bravo
InsyaAllah...kita doakan adinda BUDAK ni bakal jadi macam Saidina Umar Al-khattab. Mula2 Saidina Umar kata, "siapa yg cuba sebarkn Islam aku pancung!"
Selepas dapat hidayah dr Allah robbul jalil...beliau berkata, "Siapa yg hina Islam...aku pancung!"
Hati ni memang terpanggil nak ucap kata2 nista kpd BUDAK, tapi Nabi tak buat mcm tu kat Saidina Umar dulu. Nabi banyak berdoa.
Doaku untukmu wahai BUDAK
"Ya Allah...jadikanlah kami & BUDAK ini JUTAWAN SCORE A yg bertaqwa yg dpt membantu umat Islam & Islam itu sendiri"...aamiin
October 18, 2010 12:44 AM
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Anonymous said...
aisey bro...ape kez ni ak denga ade konflict2 putus sahabat ni?siap petik2 name SYAFIQ B. MAHADI la..EDATA waterfak la..c'mon beb care ko ni menyakitkn hati ramai pihak dowh..mybe salah syfiq die x bgtw kw score A ni leh wt bisnes n ko terase cm gile2 kne tipu.. sbenanye ko ni prasan lebeh mat...cmni la,so now ape yg ko nk?ko nk aku tutup Edata waterfak?gulingkan elearning score A iteacher?tink b4 u write n make ur own judgement bro...xsuke ckp face to face dgn aku,jgn nk bacol sgt g tulis kt blog la tag org sne la sni la..sebarkn fitnah kt kwn sindri yg ko knal dr tadika la sperti yg ko katekn...kalau kw btol2 kawan,u should have confronted him..tell him wht is wrong n wht is right..bukan g buruk2kn name die..ko ni kwn jenis ape la raizad..berani kerana benar , BACOL krna salah..actually ko ni klaka orgnye.nk tegelak gak aku bace blog ko..tp jgn smpai perkare tu xbtol sudah le k?..
-neal gomez Edata
October 18, 2010 1:57 AM
Year One said...
Salam Buat semua yg mereply komen di post sy, en. zari effendi, ridzuan dan hanifazmi. Terima Kasih juga atas lontaran pelbagai istilah yg sama dengan yg sy dah dengar dari kursus MLM lepas. Memang anda dilatih untuk berkata sebegitu kah? Ok, Berbalik kepada fakta yang anda berikan berikutan HALAL atau Tidak perniagaan itu sendiri, sy rasa masih tidak dapat dilihat dengan jelas walaupun sudah mendapat sijil syariah. Itu nt kita sama-sama rujuk laa dengan Mufti atau dengan Imam-imam yang mahir dengan Ilmu Muamalah. Saya juga tidak menyatakan perniagaan Score A itu haram. Saya sekadar mempersoalkan agar pembaca berfikir sejenak. Macam kedai makanan sushi king, ramai umat Islam yang masuk sebab nampak dia ada sijil halal, dapat sijil perniagaan, tapi masih ada makanan yang bercampur alkohol disediakan untuk pengunjung. Kalau anda kata saya berfikiran sempit, mereka yg ada dalam kedai tu kita nk cakap apa pula? Yang terlalu yakin dengan Sijil Halal sampai tidak peduli dengan makanan yang bercampur alkohol.
Untuk siapa yang tanya siapa saya dan apa kredebiliti saya untuk bercakap, saya adalah saya. Doa yang en ridzuan beri saya aminkan.
terima kasih.
October 18, 2010 2:06 AM
Year One said...
niel, ini cara aku suarakan pendapat aku. korang tak suka, takyah baca. ape susah. lagi satu, aku takkan nk cakap terang2 kat syafiq mcm ni, malu la dia dgn kawan2 dia.. aku masih hormat dia. Pape pon dia still kawan aku. Sbb tu aku takkan halang pe yang dia wat, sbb tu pilihan dia n dia ada hak untuk ke arah itu. aku bersuara atas kekesalan sahaja, x nk downkan mana2 pihak pon..
October 18, 2010 2:10 AM
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Syafiq Mahadi said...
slm.sori lmbat respon.ok pertama aku nk mintak maaf sbb kau rse kau d tipu.tp aku X TIPU kau.mmg btol ini program pndidikan,mmg btol ade collaboration dgn Kmenterian pendidikan,USM dan byk menteri da pun rasmikan program nih.dan mmg btol pkerjaan ni d namakn e-learning consultant. perniagaan ni halal dari segi syariah,dan sudahpun berdaftar d bwah KPDNKK.
1)"kos untuk Score A itu sendiri tidak bersesuaian dengan ekonomi penduduk malaysia secara purata."
ape kau ckp ni bro?tlg berckp brdasarkn fakta.tlg tunjukkan kira2 kau pd aku yg mngtakan score A x relevan.aku tahu kau budak IT.meh sni aku kirakn utk kau.ambil contoh plajar SPM.brape subjek kau amik?aku rse kau amik 11 subjek,sbb kau hebat,aku x nafikan.1 subjek utk tusyen,rm40,darab 11,rm440.itu untuk sebulan,darab dgn 12 bulan,dan bru untuk kau sorg,dlm masa setahun.smua jumlahnye rm5280.dlm score A,programe ni ade smua subjek dsediakn utk darjah 1 hingga tingkatan 5,boleh d gunakan utk semua anak2 kau yg rmai insyaAllah,kau kn hebat,hnya pd harga rm796 setahun.kau jwb aku balik,rm 5280 setahun, dgn rm796 setahun,mne lg murah bro?
2)kau jwb balik soalan yg kau tujukn kt kami,family kau,ade brape computer bro?aku rse x kurang dari 4,ibu kau 1,ayah kau 1,kau 1,dan akak kau 1.
3)kau bgtau aku bro,rumah mne yg xde astro?rumah pangsa pun da ade astro bro.diorg mmpu byr x?mampu.itu utk hiburan,atau kemahuan.pendidikan iaitu keperluan,agk2 kau?
4)ubah sdikit perangai kau.kalau dtg kursus,jgn sesekali tido.kau kn hebat.biar aku ulang,programme ni PELENGKAP kpda sistem pendidikan,BUKAN PENGGANTI.aku cuma ulang,tp ayat ni aku petik dari kesimpulan yg d buat oleh PN. ROKIAH ALIAS,Pengetua Cemerlang Malaysia Kolej Tunku Kurshiah,dan tlh mendapat pingiktirafan Dr. Shukri Abdullah,sebagaimana yg kau tlh tahu,Pakar Motivasi & Pakar Strategi Belajar.
3)berkaitan dgn sijil syariah,aku bile2 masa boleh tunjukkan pd kau.tiada masalah.berani kerna benar.
4)aku lg x suke kwn aku sndiri mngutuk aku blakang2.kalu x puas hati,ckp.depan2.xpyah smpai smgt sgt nk tulis blog.aku hnya tunjukkan kau pluang.aku xboleh bg kau 1 beg pnuh dgn duit.aku hnya mampu tunjukkan kau peluang,dan aku sndri xpaksa kau masuk.aku hnya ambil 2 jam kau sahaja,buat pertama kali dan terakhir.come on la.sape x melenting kalu kau burukkan syarikat org?analoginye sme IF aku kutuk parents kau.kau snyap or kau bising?
5)lastly,tlg ubah perangai kau utk mnjadi manusia yg berjya kelak.Encik Haniff,Encik Ridzuan, Encik Zari Effendi, mereka semua ni sebaris dgn taraf ayah ibu kau.mereka lagi tua.kalu kau x hormat diorg,aku xperlu fikir pnjang kau hormat ayah mak kau ke x.kau xnk hormat aku xpe,coz aku xperlu penghormatan dari org yg ckp diri sndri tu kwn aku,hina aku blakang2.
oh. rm70 kau aku akn pulangkan bile2 kau free.halo2 jela k?aku x heran.
October 18, 2010 3:50 AM
zan-get-sue[change_the_world] said...
wahhhh ramai sungguh pendeta kapitalis bersuara~mereka kata tak mengapa kita abaikan semua hak asasi manusia kalau hak poket mereka terbela.....
inilah mereka yang paling tak guna~!
sampah kapitalis...sampah duit diperhabis....
bukan takat tipu budak2...
tipu jugak mak bapak...
semua MLM mmg begitu...
sistem kutu...
sistem lompat2 cari kepala baru...
hisap darah sampai buncit perut tu....
kemudian membiak menggatalkan kulit kepala...
merosak sampai semua tergaru2 tak kira masa....
ah ko igt duit tu nilai semua!
pendidikan tu nilai utama!
pendidikan tu hak sesama kita!
hak anak bangsa!
bukan hak mereka yang kaya dan bercita2 mahu kaya!
tak payah la nak menggelabah
kalau korang buat bnde tak salah
ni orang tegur seket seluar dah basah...
nampak sangat takut tak dak dah~!
ah sampah
October 18, 2010 4:01 AM
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Year One said...
Syafiq Mahadi,
bro, ko selak blek post aku, ade name ko kah?? aku tag ko sbb aku nk ko bce jek orait. okey aku menjawab.
1. Mamang score A lg murah. Tp ko dapat lihat x, ade ke score a tu tlg sediakan module experiment tok ko mcm kat pusat-pusat 2syen yg terdiri dari guru2 yang berkaliber? Lagi pulak kan, ibu bapa byar score a ni kat siapa? kalu kat 2syen, ye la byar gaji cikgu tambah tolak kos api air telefon sume kalu anak2 sakit.. Kalau beli buku, ko nmpak buku tu bertambah kat almari ruma.. ni ko byar untuk portal, system yg da diupload dalam server, aku ase kos nyer x memakan jumlah yang byk mcm tu kot. Laen plak, emm.. ko jual je kan score A tu, so ape ko nk jawab, dulu ko skola yuran mcm ne ye? ko bayar tu sme mcm skola swasta ke? ape mse ko msuk uniten, siapa yang taja ko? parent ko kuar sikit2 je kan.. laen sume kerajaan subsidi.. kan??
2. Ye memang pelengkap, tp lengkapkah anak-anak dengan mengadap komputer sahaja? Macam mane ko nk ckap bnda ni lengkap kalau 1 hari, server score A ni down n sume data dalam tu hilang? mcm ne parent nk rujuk reportcard? mcm ne anak-anak nk study? ape score a ni ade mirror ke kalau aku da berjaya hack portal ni?
3. family aku ade 3 komputer. Tp wajar laa kan masing2 nk guna tok selesaikan kerja2 komputer. berbaloi la untuk membeli nyer.. x pulak kalu mak aku gune komputer wat set soalan pe sume then print byk2 bwak g skola mintak pelajar bayar. kasi 1, hilang 10, kasi lg.. free jek.. sume tok sape?
4. Sijil tu aku pon da ngok.. aku amik bukak bace n catit laa pe yg ade dalam buku kuning mse NDO tuh..
aku x kate haram okey.. nk aku highlight kn ke?? mse NDO sndri tu ckp, perniagaan da halal, tp diri sendiri yg meniagakan tu.. masing2 punyer urusan dgn Tuhan.. stakat dalam kertas aku pon da tau...
5. Sorry bro.. aku x tido pon walau seminit sepanjang aku ade dalam kursus tu.. Aku ckp yg tido tu org seblah aku.. Kan aku orang hebat.. mane leh tido.. kalu aku tido aku xtau nk tulis ape dalam blog nih..
6. Okey laa ko x suke.. ade ke member ko msg/col ko tye, eh eh encik shiro, whats wrong with u?? i see ur name in this blog?? ade bukti?? bak datang....
7. Sal nk jadik orang berjaya, ade ke aku bersikap kurang ajar dalam setiap komen yg aku reply?? Ade ke aku reply mencarut2? ade ke aku palat setiap yg reply post aku?? aku mereply dgn sikap yg professional..
8. Aku x nk pon 70 tu sbb aku rase berbaloi untuk datang ke kursus yg ada tu. Sbb aku dapat lihat byk perkara yg tak terlihat oleh mata.
satu lg, ko post 7 perkara tp npe ko ulang 3 dgn 4 tu smpai 2 kali??
sory kalu ko ase aku hina ko.. tp ko g jmpe kwn2 aku, tye diorang ape name n siape yg ajak aku join score A ni, msti xde sape tau... sekian.. Salam..
October 18, 2010 4:44 AM
Duen eDATA said...
Salam,
Bro,apa ang cakap nih?sat kata mahai sat kata murah..sat kata haram sat kata tak..adoyai, itulah,dtg NDO xdgr betul2..dok ngalamun apa tah
Lepas NDO ada org letak parang kat leher suh join?ada??
pastu ang claim x burukkan nama membe ang depan kawan2 tp ang p tulih blog satu dunia baca.
Kalo ang rasa membazir @ tertipu ngan NDO,ak sndiri boleh bg balik la duit ang..dtg edata,cari nama duen
October 18, 2010 5:29 AM
zan-get-sue[change_the_world] said...
jadi orang yang datang mendengar segala taklimat MLM...lalu tak menceburkan diri adalah bodohlah? senangnya justifikasi puak2 ni.....
aku rasa kan BUDAK....
mereka ni mmg terlalu dangkal memahami apa yang engkau tulis...mungkin dikelabui duit orang yang mereka perhabis.......
October 18, 2010 5:46 AM
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Year One said...
Salam En. Duen Dari eDATA..
Berkenaan sat kata mahal sat kata x, rujuk2 la balik ye post, komen dan sebagainya.. malas nk ulang..
sal claim xnk buruk ape sume tu, sy x suruh pon satu dunia click blog sy.. ye tak??
okey.. Sekian..
October 18, 2010 6:50 AM
Lebah said...
Salam,
Izinkan saya utk memberi pendapat. Saya hamba allah yang hina dan masih mencari ilmu dan petunjuk dariNya. Mintak tunjuk ajar.
wow. mula2 td ada nama 'Syafiq Mahadi'. lepas tu tiba2 hilang pulak? aik? tp xpe. bagus2. saya suka. xelok tayang nama member2, lagi2 kalau kat benda yang xpasti kesahihannya. Apatah lagi kalau nak memburukkan nama member. btul tak? Huhu kesian syafiq.
semalam saya bukak facebook dan nampak nama mmber saya kena tag dekat link ni. so, saya pon bukak. skali tgk pasal 'Score A'. haha.
wahai pemilik blog, pada pendapat saya, program score ini sgt bagus. sbb apa? sebab saya dh lihat sendiri keberkesanan program ini kat adik member2 saya. termasuk lah family saya sendiri. Family Score A ku yang disayangi. kitorg beli pon sbb nak improve result adik2 and anak2. alhamdulillah. program score a byk membantu. At first, family kami pkai utk tujuan education(but ada la terasa nak buat bisnes, tp takut. Huhu). Tp lepas tu, adik2 pown mula bercerita dekat rakan2 sekolah. Sama jugak macam tuition or psl cikgu2 kelas tambahan yg bagus, student2 confirm bercerita(nak carik geng kowt). Pastu ada pulak yang berminat. Besides, parent2 tak rasa berat pown nak keluarkn duit. Bila anak dah ada kawan nak belajar/guna program score a sama2, xpyh la dorg risau sgt pasal duit. Coz its about education. Buat apa nak risau. Kan2? Tapi, kalau dorg join, tp saya xjoin, saya xdpt apa2, hanya pahala(Alhamdulillah). So, bila ada peluang utk bantu family rakan2, sambil dpt upah dan pahala(3 in 1 package), mengapa tidak?
October 18, 2010 7:02 AM
(Komen Komen Yang Lalu. No Edit)
Lebah said...
Korang ni janganlah anggap perniagaan MLM score a ni macam perniagaan yang nak tipu org. Xbaek burukkan nama program yang mampu mnaikkan taraf bangsa kita. Bila saya pergi ke HQ Score A, saya bleh Nampak makcik2 dan pakcik2 yang betul2 nak ubah result anak mereka dan juga keluarga mereka(aritu nenek yang dah tua pown ada kat HQ. bagus betul. huhu) MLM score a ni bukan nak tipu org/sedut duit org. Bila kita dah pakai score a, kita cerita dekat rakan2 dgn ikhlas, and if diorang pon pakai, Alhamdulillah, dapat la komisyen. Itu jer. Perkara pokok nya = kita nak berkongsi cerita ttg program yang bagus dekat dorg. Jangan lah kita hina org yang betul2 ikhlas nak bercerita ttg benda yg bermanfaat ni. Huhu. Pada asalnya, saya pon tak suka sgt MLM ni. Bisnes carik org, Bisnes tipu org, bisnes sedut duit org. Org akan berkata mcm tu bila dia xphm konsep. Bila dah phm, indah dan mudah sebenarnya.
MLM adalah bisnes yang indah kalau nak dibandingkan dgn bisnes yang laen, sbb ramai org boleh dapat side income dgn hanya berkongsi cerita. Ambik contoh syarikat yang mencetak buku, diorg kaya sorg2 jer. Bila customer try promote dkat rakan2, xde pown dapat diskaun, bonus or whatsoever. Yang bangsa kita slalu katakan = “buat apa aku nak join? Nanti org2 kat atas suma kaya raya. Aku yang baru join ni macam mana? Kena carik org bagai nak gila. Dorg senang lenang dekat atas” Dalam MLM, kita suma sama, start dari zero, suma berkongsi cerita pada asalnya. Xde jln mudah yer shbt. Suma org rasa penat lelah pada mulanya. Tapi kalau kita ikhlas dan tabah, insyaallah, in the long run, kita juga bleh jadi kaya macam mereka.
Kpd adik zangetsu dan pemilik blog ini, saya nak tegur sikit jgn marah yer. Korg jgnlah anggap kawan2 yg buat MLM ni hanya nak jadi parasit utk sedut duit korg. Faham dlu konsep MLM kami mcm mana, baru nilai. Xelok kita bergaduh dgn rakan rapat dari kecil hanya disebabkan oleh MLM. Korg bukannya dah kluarkan duit, dah guna Score A, pastu kena tipu. Ish3, apa la korg ni. Haha. Xmanis bangsa kita gaduh sesame sendiri. Kepada adik Syafiq Mahadi, syabas kerana ada niat mulia utk bantu rakan2 buat bisnes, utk dpt side income. Ssh nak jumpa remaja skrg yg sanggup amik risiko utk masa hadapan, yang sanggup tolak tepi masa lapang lepak kat mamak utk perbaiki ekonomi diri. Alhamdulillah masih ada peluang utk kaum muda di Malaysia ini.
Jikalau ada salah dan silap atau terkasar bahasa, harap dimaafi. Saya doakan yang terbaik utk semua dalam apa sahaja yg kita lakukan. Majulah bangsa Melayu kita ! Insyaallah.
October 18, 2010 7:03 AM
Year One said...
Salam En. Lebah..
Sy nk post ringkas je. Sy nak menegaskan, Portal SCORE A tu sangat bagus.. Sy tak cakap pon Portal Score A tu TIDAK bagus... Tp kan lagi bagus kalau portal tu kita boleh dapatkan dalam bentuk yg lebih affordable.. Contoh, mcm CD interaktif yg disertakan bersama buku teks pelajar.
Ok kalau MLM tidak menipu orang, mengapa perlu menipu saudara mara, rakan dan sebagainya untuk hadir mendengar taklimat?? Saya juga tidak kata perniagaan MLM ini haram..
October 18, 2010 7:35 AM
PART 1..
Oh oh.. mmg btol kate Lebah tu.. in the long run, memang la dy pulang modal.. tp kte as umat Islam xleh tgk dr sudut material nye shj.. persoalannya, keberkatannya di mane? Soal hlal hram jgn di bwat maen, jadi darah daging nt. Kalau trbukti hlal, Alhamdulillah la. Kalau X atau pun syubhah, same2 la kte sume cari kebenarannya & hebahkan kpd yg laen. Berkenaan produk scoreA ini, diakui mmg bagus. Semasa zman skola, sy turut dapatkan bantuan seperti ni untuk tampil lebih cemerlang. Produk sememangnya bgus, tp pd persepsi sy sebagai anggota komuniti di Malaysia, yg belajar, bekerja mencari sumber pendapatan, adalah lebih baik sekiranya perniagaan ini dilakukan secara one on one deal, direct selling, open market ataupun francais. Rujuk mufti dgn update trbaru, hkum hkam ni berubah ikot mase. Bnd dah approve 5taun lpas, blum tntu taun ni msh valid. Sjil halal makanan pun kne update stiap taun. Org wat bku, untung sorang2, ye sesuai la mmg hsil ttik peluh beliau memerah otak. Jgn sembunyi di sebalik kementerian, ambil hakcipta org lain then compile & jual as produk sndiri. Bayar royalty kpd yg berhak.
Berkenaan produk, bwat la various stage tok various peringkat masyarakat. Kat skola pn ade spbt, ade skim makanan tambahan, dapat makan, susu free, subsidi dapat injection & vaksin free. Msh rmai lg pelajar skola yg byar yuran ansur2 sepanjang tahun. Kenapa? Cz parent x mmpu. Yuran bukan mahal pn, plg2 100++ je tok 11bulan kelas. Berkenaan astro, uma pangsa msh mmpu bhai. Cmne ngn anak yatim? Yg baru kehilangan tmpat bergantung, tmpt berteduh, yg dh bankrap. Yg ruma cme pondok usang. Adalah lbey baik, create pelbagai pakej, dgn pelbagai harga. Yg mane trial pack, yg mane intermediate, yg mane premium, yg mane basic. Kn ke lebih sedap mata memandang, lebih sedap telinga mendengar. Jgn jao kan jurang yang ade. Kate nak membantu rakyat.
PART 2
B4 launch produk, kaji dlu 4 perkara asas. Politik,ekonomi,social dan teknologi. Kn lg afdal sekiranya phak kementerian sdri yg jd server. Pnt2 rosmah Mansur perjuangkan. “Kte mgkn tak bole sdiakan masa depan tok kanak2, tp kte bole sdiakan kanak2 tok mse depan”. Nsib ank2 bgsa ade dalam tgn kte sume as org tua mrk, bukan mengecilkan lg ruang yg ade or memalapkan lg masa depan yg belum tntu ade. Beri mrk peluang. Kalau trus cm ni, yg x mmpu akan tertindas. Nk jd mcm india, china, indon, or negara2 pendatang yg laen? Warga mereka bersepah merempat merata kt tempat org? Pnt2 muhyiddin yassin bwat resolusi baru tok portfolio di bawah beliau. 1 sukan, 1 pelajar. Kalau mengadap computer shj, last2 sume budak pkai spect tbal, tulisan cakar aym, social kayu kalah bangku. Cm ne nak majukan Negara kalau pendidikan dimanipulasi? Pada hemah sy, inilah topic sebenar entry si BUDAK. Cme telah disalah ertikan oleh phak2 yg terasa mrk bersalah, terasa org menuding jari ke hidung masing2. Berapa rmai yg kecewa ble tak dapat tmpat dlam IPTA dan maktab perguruan, berapa ramai pula yg dapat sponsor PAMA di IPTS? Ble tak dapat sponsor or loan, kate kerajaan tak adil. Even international publisher pn kte bole dapatkan study material by free. Atas talian juga. Takde pn nak mengamuk. Mse kte blaja kt skola, kt kolej, kt uni, uhh...sume mgharap dpt mura. Blaja pndai2, nt tak payah byar loan n apply scholar. Kte sume taw perasaan tu kan?
Kpd yg mengamuk, melatah, melenting. Anda org hebat, jutawan. Ambil contoh org berfikiran terbuka n matang. Jgn la hrap kete bsar, ruma bsar tp tuan pny badan mcm tin kosong.Usik sket, riuh sekampung. Ambil komen as kritikan membina. Adakah ini kesan akibat mengadap pc slame ni, smpai kan sahsiah diri huru hara? Tepuk dada tny selera.
Btol kate admin. Kalau server down? Kalau kne hack? Bukan susa pn nak hack. Bg sy, jgn swastakan, korporatkan hak anak2 bangsa. Mrk tak bersalah, bru nk blaja hdup. Untung ade mak ayh yg mmpu. Yg tak mmpu? Yg takde mak ayh plak? Nk kate 700 uh mura, mmg la mura kalau nak compare ngn tuition 11 or 8 sub. Tp tak perlu pn tuition tu kalau kalau pelajaran n pendidikan kt skola tu memadai, ckup. Kte tak dapat blaja nilai murni, hormat guru, mak ayh, rjin blaja usaha di atas talian sesawang. Asal kte sume same, mak, ayh, skola, guru. Lgsg tak kate scoreA tak bgus, malah sgt bgus. Sme care pasaran kurang sesuai. Jgn korporatkan pendidikan, Negara kte baru nak membangun. Jgn jajah minda bangsa dgn material, utamakan dulu harta intelek. Mgkn MLM lbey sesuai dalam 10 taun lg, setelah msia capai Wawasan 2020? Sme2 la kte doakan.
PART 2
B4 launch produk, kaji dlu 4 perkara asas. Politik,ekonomi,social dan teknologi. Kn lg afdal sekiranya phak kementerian sdri yg jd server. Pnt2 rosmah Mansur perjuangkan. “Kte mgkn tak bole sdiakan masa depan tok kanak2, tp kte bole sdiakan kanak2 tok mse depan”. Nsib ank2 bgsa ade dalam tgn kte sume as org tua mrk, bukan mengecilkan lg ruang yg ade or memalapkan lg masa depan yg belum tntu ade. Beri mrk peluang. Kalau trus cm ni, yg x mmpu akan tertindas. Nk jd mcm india, china, indon, or negara2 pendatang yg laen? Warga mereka bersepah merempat merata kt tempat org? Pnt2 muhyiddin yassin bwat resolusi baru tok portfolio di bawah beliau. 1 sukan, 1 pelajar. Kalau mengadap computer shj, last2 sume budak pkai spect tbal, tulisan cakar aym, social kayu kalah bangku. Cm ne nak majukan Negara kalau pendidikan dimanipulasi? Pada hemah sy, inilah topic sebenar entry si BUDAK. Cme telah disalah ertikan oleh phak2 yg terasa mrk bersalah, terasa org menuding jari ke hidung masing2. Berapa rmai yg kecewa ble tak dapat tmpat dlam IPTA dan maktab perguruan, berapa ramai pula yg dapat sponsor PAMA di IPTS? Ble tak dapat sponsor or loan, kate kerajaan tak adil. Even international publisher pn kte bole dapatkan study material by free. Atas talian juga. Takde pn nak mengamuk. Mse kte blaja kt skola, kt kolej, kt uni, uhh...sume mgharap dpt mura. Blaja pndai2, nt tak payah byar loan n apply scholar. Kte sume taw perasaan tu kan?
Kpd yg mengamuk, melatah, melenting. Anda org hebat, jutawan. Ambil contoh org berfikiran terbuka n matang. Jgn la hrap kete bsar, ruma bsar tp tuan pny badan mcm tin kosong.Usik sket, riuh sekampung. Ambil komen as kritikan membina. Adakah ini kesan akibat mengadap pc slame ni, smpai kan sahsiah diri huru hara? Tepuk dada tny selera.
PART 3
Btol kate admin. Kalau server down? Kalau kne hack? Bukan susa pn nak hack. Bg sy, jgn swastakan, korporatkan hak anak2 bangsa. Mrk tak bersalah, bru nk blaja hdup. Untung ade mak ayh yg mmpu. Yg tak mmpu? Yg takde mak ayh plak? Nk kate 700 uh mura, mmg la mura kalau nak compare ngn tuition 11 or 8 sub. Tp tak perlu pn tuition tu kalau kalau pelajaran n pendidikan kt skola tu memadai, ckup. Kte tak dapat blaja nilai murni, hormat guru, mak ayh, rjin blaja usaha di atas talian sesawang. Asal kte sume same, mak, ayh, skola, guru. Lgsg tak kate scoreA tak bgus, malah sgt bgus. Sme care pasaran kurang sesuai. Jgn korporatkan pendidikan, Negara kte baru nak membangun. Jgn jajah minda bangsa dgn material, utamakan dulu harta intelek. Mgkn MLM lbey sesuai dalam 10 taun lg, setelah msia capai Wawasan 2020? Sme2 la kte doakan.
Jgn tny bpe byk contractor KLCC, KL Tower, PLUS Highway, SMART Tunnel dll dapat income. Tny dy mane dy dapat inspirasi, mane dy blaja, cmne dy dapat contract. Setakat ade ilmu. Takde praktikalnya, takde pengamalannya,takde kokurikilum dan perkembangan sahsiahnya, cmne kte nak bina tamadun? Jgn biar sejarah bereulang. Mgkn ni jwpn kenapa gejala sosial seperti sumbang mahram, seks luar nikah, buang anak semakin bermarajalela dlm kalangan remaja dan pelajar pengajian tinggi. Kte bwt cre kte, jgn ikot org barat, mrk takde agame, takde budi bhsa,etika.
PART 4
Dlm Negara kte, pendapatan 2.5k dikira rendah.tolak makan minum pakai, ape yg tinggal? Takkan nak hdup bergelap, pkai air telaga lg? Kalau ank sorang, kalau rmai? Saya attend talk yg admin katekan tu. Sy bgga wjudnya score A di msia. Tp agak terkilan ble ia diswastakan. Tak sume lapisan masyarakat msia ni kaya. Sblm kayakn poket, kayakan dulu pengetahuan. Kaji n phamkan nilai2 1msia yg najib dok ulang2. Cbe selami jiwa n pendapat org rmai.
Kpd yg terasa, trima kritikan membina tok lebih maju n diberkati Tuhan. Anda jutawan, bersikap matang, tolong. Admin 1 hal la, msih muda remaja, darah tgh panas. Anda kan dah dewasa, orang tua kpd para belia Negara. Jgn malukan diri sndiri dgn bertekak dgn sorng BUDAK. Kalau dy salah, btolkan la fakta, tak payah tnjuk baran. Admin cme suarekan pendapat dr mate sorang pelajar, sorang anak, sorang anggota masyarakat. Nak majukan ngra, jgn la kte kelabu dgn helaian kertas bercetak nilai & Bank Negara Malaysia. Kalau pndidikan dimanipulasi, cmne kte nak hsilkan lebih rmai Syed Muszaphar Shukor, Tun Mahathir, Albert Einstein, Hamka, Ibnu Sina dll?
Kesimpulan sy, tak perlu gado. Takya melatah, mengamuk. Cme sekadar pendapat, TERIMA KASIH...
kepada anonymus "Btol kate admin. Kalau server down? Kalau kne hack?"
actually byk fakta anda yg ingin sy btulkan, tp pjg sgt post anda..so sy betulkan yg ni dulu ye..
server kene hack? actually server score a ni ade bawah 1 bumbung dgn server2 hebat company lain eg tv3,astro, DLL..so confirm2 la dorg dah ade sisterm protection yg hebat utk halang org hack..
anyway, biasalah manusia..byk pendapat, mazhab kita sendiri ade 4..tapi tolg la ade ilmu dulu sebelum mengata apa2..ok sekian
for anonymous.
comment for part 1: untuk pengetahuan, kita pnye marketing plan sentiasa dipantau ok.. ape2 pn ak nasihatkn kaji dulu elok2 marketing plan ktorg.. tgk la link nih.sekadar berkongsi.
( http://www.facebook.com/note.php?note_id=501006069866&id=572153536 )
ni ade lg satu blog sekadar bahan bacaan.. http://www.zaharuddin.net/
comment for part 2 yg 1st:byk sgt ang komen.. sori la bro utk pengetahuan, MLM kt dunia ni da bertapak lebih 70tahun..kt malaysia plak dah lebih 40tahun..xyah tunggu smpi tahun 2020 la baru nk sesuai mlm ni kt malaysia..mmg da lame da.. so kebanyakan ak bace komen2 ko ni mmg bersikap lemah lembut.. bagos la..melenting xtentu pasal pn buat pe kn..klu da mmg xnk buat bisnes ni smpi tahun 2020 nanti pn mmg xnk pnye..
Kepada sume yg mengkomen...
Korang ni paham ke x ape yg admin ni suarakan??
Asal korang bertelagah mengenai halal haram MLM dgn pelan pemasaran korang?
Korang ni tau ke tak pe yg admin cakap? dia cume cakap sal pendidikan yang dimonopoli.. yg lain soal halal ke tak tu kan dia bertanya je.. Makne nyer dia dalam keadaan yg shubaha(was-was)..
Yg korang sume bertelagah luar tajuk ni pehal?? ape orang MLM yg melalak sume ni x reti nk paham maksud ayat ke ape?
Ini la yg org kata, bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikot.
~AlphaHacker~
bro, come on la..jangan putar belit. terang2 kn comment admin tu tulis pasal bisnez MLM nih..admin seolah-olah menyuarakan MLM ni satu industri yg low class..sebab admin xtahu pape pn pasal MLM..mmg la admin menyuarakan pendidikan dimonoipoli..dah tu?? klu nk ckp pendidikan dimonopoli..dah lame dah berlaku..xpayah la cite skang.. dari dulu dah byk jer publisher2 buku kluarkan bahan2 rujukan dan macam2 lagi bahan pendidikan..so, ni dikira monopoli ke x?? same je ape yg scoreA buat..kami berniaga satu bahan pendidikan..siapa yg nk pakai, beli jela dengan harga asal..cuma kami memberi peluang kepada sesiapa yg nk tingkat kn taraf ekonomi diorg dgn buat bisnes ni.. 2 jek..lagi satu terang2 admin tulis yg terlibat dalam perniagaan ni seolah2 binatang. apa tuh????? mmg la suarakan pendapat tu xsalah.. tp sopan la skit ayat2 tuh..xpayah nk mengamuk sb anti sgt dng MLM nih..FYI, kami mmg mengambil kritikan admin ni sebagai kritikan membina pn..ok.. sekian. =)
Post a Comment