~PeNajA KuRanG RaSMi~

Monday, December 27, 2010

...PERLU TAK PERLU...


...PERLU TAK PERLU...

Sy tak perlukan ini...


Mahupun ini...
Untuk bersama gadis seperti ini...


Apa yang sy miliki ini..


Dan cukup sekadar ini...


Untuk bersama yg ini...

Dan berkongsi pengalaman bersama yg ini..


Tak perlu duit, dan pelbagai lg kemewahan kerana mereka ini..

...TEMAN SEJATI...

Wang Ringgit
yang melimpah ruah tidak menjamin persahabatan dan kekeluargaan..



Thursday, December 23, 2010

TUN MAHATHIR LECTURE SERIES


TUN MAHATHIR LECTURE SERIES
..GLOBALIZING MALAYSIA 2020..
[13/12/2010]


Monday, 13 Dec : YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad held his lecture series in Uniten. Tun Dr. Mahathir gives a lecture about GLOBALIZING MALAYSIANS IN 2020 to all Uniten student, staff and lecturer. The lecture series was started at 9.00am and end at 12.30pm and all participant get RM5 food voucher.

During the speech, Tun Mahathir state our vision become develop country at 2020 where all citizen especially student to play an important role in the world. By being apart of the globe like developing new technologies are the best part to get globalize. Dependant on the world market to sell our product and technologies requires higher educational feasibility.

Development in Information Technology, IT such as internet connectivity, computer literation and new technology in gadget world also been mention by Tun Mahathir during his speech. Tun Mahathir also encourage youth to be more up to date with those IT field to keep Malaysia on track toward Globalization.

Tun Mahathir also remind all participant that globalization got its own good and bad part. Globalization require intelligence and courage to conduct our country to been accepted in major power country's. The globalization can cause to war and if it well handled, it can bring peace for Malaysia and all other country.

The lecture series ended with Question and Answer session where Tun Mahathir well answered all the question given by the participant.

..The End..



Tuesday, December 21, 2010

[21|12]


..THIS IS MY DAY..
[21|12]


..SALAM..
TERIMA KASIH 
nk diucap buat mereka yg da wish pada hari ni..
tak kre la sape pon n dari arah mane..

Terutama buat my parent
..JAPAR IRAN & MAZNAH NAN..
My sister
..NOOR RAIHAN..
My Cousins
..INSYRAH, HASBULLAH, AZYZUL, SHARMINE, AQILA..
My Dear
..ZAFIRAH SYAZWANI..
My friends
..HAJI, ASWAD, AZWAN, YURIS, SABQI, KROL, ADAM, dll..

Terima kasih banyak-banyak


Dan ini kek yang dihadiahkan oleh my dear..
Buat sy rase terharu sangat bila ngok dekorasi kek ni..
Msti memakan modal yang besar untuk sediakan kek ni..
Thanks Dear!! Love u..

Sgt sgt sgt hepy lah today...

Sunday, December 12, 2010

2 minggu dalam bulan Desember....

Salam Semua Pembaca..
Terdetik jauh disudut hati..
Untuk menulis kembali dalam laman sesawang bernama BLoK To BlOg...

  Sedar tak sedar, dah masuk bulan ke tujuh dalam perjalanan cerita blog ni..
Disinilah tempat budak menitipkan pelbagai pendapat dan cerita yang tak dapat budak sampaikan dengan kata-kata.

Tetibe je budak terfikir.. ape dah jadi dgn sahabat-sahabat budak yang telah menyertai perniagaan score a,
adakah mereka masih tegar menjalankan perniagaan hebat itu, atau sebaliknya..
tu budak tak nak ulas pape lg.. takot ade yang melenting lg je nt..
Pape pon, budak terus mendoakan kejayaan kalian semua..

Ok, arini nk ulas sikit la sal gotong royong perdana yang budak sertai pada sabtu yang lepas.
Bertempat di Tanah Perkuburan Islam KL-Karak,
anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekituan (Jawi).
 Secara ikhlas, budak ingin mengucapkan tahniah kepada penganjur diatas niat suci mereka mendekatkan lagi umat Islam kepada alam akhirat.

Akan tetapi...... Budak agak terkejut dgn apa yang telah berlaku pada hari aktiviti..
Gotong Royong Perdana mengindahkan kawasan perkuburan itu tidak ubah seperti sebuah aktiviti membersihkan kawasan taman. Siap boleh bertepuk sorak lg tu..
Tidak mengapa kalau pada hari itu tiada jenazah yang hendak dikebumikan.
Tapi, mungkin ada hikmah yang nk ditunjuk, Dato yang bertanggung jawab merasmikan aktiviti gotong royong dgn slumber je bleh melawak dan menyuruh orang ramai bertepuk tangan dalam pada masa yang sama terdapat jenazah yang baru sampai dan mahu dikebumikan di tanah perkuburan itu..
Gle mmg sempoi la kan orang lain sedih kehilangan ahli keluarga, yang dato boleh melawak dan buat rmai orang ketawa dan bertepuk tangan. Agak2, dimana sensitiviti sebagai seorang Islam? Tak boleh ke benti jap bace script kat pentas dan ajak semua peserta sedekahkan Al-Fatihah kepada ahli baru tanah perkuburan tu?
Tak paham betol la.. Tp sape jelah budak kn nk komen lelebih.. Nt kne sue plak..

 Tujelah.. Sekian..

( Tp kalu pembaca nk komen, Post saja dibawah.. Its Free!! No sue Confirm!!!)












Thursday, November 18, 2010

Good Goodies...


...Hoolaa in da Hoooliday...

Salam semua pembaca setia BLoK To BlOg..
Today is da last day of skola..
So pas ni bermula la cuti pnjang to cikgu2 dan pelajar semua..
Tak lupe gak kat student ipt yg baru je memulakan cuti penggal mereka..
Okey.. Entry kali ni budak nk kongsi sikit perancangan cuti tok anak2 dan sesape je yang ase dia ngah bercuti panjang sekarang ni..



Bercuti/Melancong/Berkelah dll adalam aktiviti terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak untuk memenuhi mase lapang yang ade.
Yaa tak nafikan bnda ni mungkin akan buat sesetengah ibu bapa pening kepala fikir nk melancong kemana dengan kekangan kewangan dan mase kerja yang ketat...
So kat sini ade la sikit nk citer2 tempat yang best dan murah serta memenuhi permintaan dan kepuasan hati anda.. Ni open la tok family ke, muda remaja ke, kapel ke kapal pon boley....

So, Tempat PERTAMA tok bercuti dan menjimatkan duit..


Balik Kampung..
paling mudah dan ringkas.. Boleh jimat, Boleh melawat atok nenek, boley tapau sume hasil kebun dll lg..

Tempat KEDUA..
Untuk budget dalam RM100-RM200..


Air Terjun... Ye.. Sume orang suka main air.. So, ni la antra tempat nk bercuti paling save budget orang kate..
Datang bawak bekal siap, maen air 3 4 jam, dah.. balik sengih je puas hati dapat berehat melihat kehijauan flora dan fauna.. Tempat ni jugak antara tempat yang paling asli suasana nyer.. Sgt sgt nice...

Tempat KETIGA..
Untuk Budget RM200 ke RM400.

Pantai. Oke.. Pantai ni dia kureng sket.. Best kalu kejap je.. Sbb pe,
1. Panas..
2. Kurang kemudahan..
3. Bergaram.. Kalu mandi tak bilas sah-sah jdik beruk garu sne sini.
4. Pantai sekarang da banyak tercemar.
5. Jet ski, Banana Boat pe sume tu, agak mahal dan mencekik darah kalu takde budget yang besar.

Tempat KEEMPAT..
Untuk Budget RM400 keatas dan tak lebih RM1000..

Bukit Tinggi, Cameron Highland & Genting Highland


Bukit Tinggi.. Nice tok berbulan madu...
Pengangkutan awam disediakan..



Cameron.. Sesuai tok keluarga yang nk bercuti lebih dari 2 hari...


Genting.. Sesuai tok anak muda remaja... Enjoy2...

Okey.. Cukup laa dulu.. So sume pembaca, anda boley laa wat pilihan ikot budget anda..
Kalu nk budak bantu rancang percutian tok anda pon boley jugak...
hehe...
Sekian.. Selamat bercuti!!!





Wednesday, November 10, 2010

Holiday Update...


..SALAM 1 MALAYSIA..
Long time I not update my own blog..
Keep stalking others blog, looking some information and many more.
Pheww... Berbahasa ibunda la plak ye tok entry.. Naa.. hehe...

Okey... Salam tok pembaca sume.. Baik dari yang atas, Smpai la kebawah..
Dari yg bersahabat, mahupun yang bermusuhan..
tp kalu ade yg nak bermusuh tu... jgn laa.. tak elok kan kita nk gado-gado..
Semangat abassiah tu name nyer nt.. Chill2 suda...

Okey.. da seminggu Uniten Tercinta tu bg cuti kat budak...
Da terase mcm ape lak.. Cepat sgt.. Tak sedar mase tu berlalu..
Maklum laa. dok kat uma dengan jagaan ibu ayah.. Alhamdulillah sangat bahagia..

Tade ape sangat budak nk komen..
Tu je lah kot.. Sory bosan sket..
ngah ade projek baik nih.. So.. focus dlu..
Later i update key...
Salam...

Tuesday, October 26, 2010

Mengulas Ulasan Demi Pulasan..


..Salam buat semua pembaca BLoK Tp BlOg..

Fuh.. Sedikit ulasan dari post yg lepas..
Bila Pendidikan Dimanipulasi Dan Dimonopoli.
Hangat sangat suasana nye..
Tak tahu lah nk kata apa sampai teruk sangat keadaan nyer..
Ada yang dari pihak ni, membangkang dan ada juga pihak yang menyokong idea dan artikel yang ditulis..

Sebagai salah satu jalan penyelesaian yg terbaik..
Budak mengambil kesempatan ini memohon maaf sekali lagi atas apa-apa ketelanjuran dalam post yang lepas..

Namun setelah budak meneliti balik setiap ayat-ayat didalam post dan komen yang lepas..
Budak mendapati ramai yang mungkin kurang/tidak faham dengan apa yang cuba budak suarakan..
Takpe lah.. Itu hak individu nak bersuara juga..

By the way.. Ingin budak perkenalkan Alpha Hacker..
Pakar dalam encrypt dan decrypt, crack dan hack..
Dan dia bergerak dengan komuniti nyer sendiri dalam memperjuangkan kebebasan di laman web..


Okey.. Buat sesiapa yang ada idea nk kasi budak nk buat research dan tulis artikel.. sila la sertakan di ruangan komen.. 
Biar Membina, Jangan Menghina..

Tuesday, October 19, 2010

Bila Pendidikan Dimanipulasi dan Dimonopoli....(Repost Upon Request)

(Repost Upon Request)
Bila Pendidikan Dimanipulasi dan Dimonopoli....

.Assalamualikum.
Salam pembuka bicara buat pembaca setia BLoK To BlOg..
sekian lame menyepi ta menulis.. so, budak mencuri-curi sikit mase yg ade tok menulis pe yang patot dibaca oleh rakan bersama..

Okey laa.. Tak nk buang mase sangat laa dengan mukadimah yang tah pape.. Trus nk merujuk pada tajuk yang tertera kat atas tu...
Bnda yang asal nyer nk membantu pelajar dan meningkatkan kualiti pendidikan kini menjadi mangsa monopoli dan manipulasi orang-orang yang dikatakan mempunyai pemikiran terbuka..
Ape yang budak maksudkan ialah,

PORTAL PENDIDIKAN SCORE A.


Nape dia dikatekan memanipulasi sistem pendidikan??
Meh sini budak terangkan sikit dari sejarah smpai laa jadik perkara ni..

Portal Score A, diusahakan oleh sebuah syarikat yang ditubuhkan pada awal 1998..
Mereka merupakan peneraju dalam mencetus fanomena pendidikan secara online..
Dengan idea asal yang baru dan segar, seiringan dengan matlamat MALAYSIA menuju negara maju, portal ini diperkenalkan kepada sekolah-sekolah yang terpilih sebagai salah satu medium kajian.
Atas kejayaan yang diperolehi, portal ini mula dipasarkan keserata negara namun sambutan yang diterima amat kurang memberangsangkan.

Namun, disebabkan kerana pembangunan MALAYSIA kini semakin pesat, Portal yang pada dasarnya untuk membantu pelajar kini menjadi peluang perniagaan yang dilihat mampu menjana pendapatan yang besar.
Multi Level marketing merupakan salah satu medium yang digunakan dalam pemasaran portal ini.

Budak menulis perkara ini adalah kerana terkesannya kekecewaan yang dialami 2 hari lepas.
Nak dijadikan cerita, budak telah pergi bersama 2 kenalan lain untuk menghadiri "talk" yang diadakan di kota damansara setelah diajak berulang kali oleh rakan sekampung sendiri.
Pada asal nye, budak ingatkan budak akan menghadiri sebuah taklimat mengenai pendidikan.
Namun sebalik nyer telah berlaku. Taklimat itu merupakan penerangan asas untuk menyertai multi level marketing yang memasarkan portal pendidikan ini.

Pada asal nya budak agak terkilan dengan sikap rakan budak yang sanggup menipu demi mengajak budak menyertai "talk" pada malam itu, namun budak sertai juga taklimat pada hari berikutnya yang memerlukan budak untuk membayar RM70 sebagai tiket untuk menghadiri taklimat.
Hari berikutnya budak menghadirkan diri ke taklimat sebagai ahli baru namun disebalik itu budak menjadi pemerhati bebas dengan memerhatikan cara mereka mempengaruh, menipu, mereka-reka cerita dan sebagainya disamping mengharapkan ada keajaiban.

Dan akhirnya, budak tidak salah lagi.
Ini merupakan MULTILEVEL MARKETING!!!
Sistem Portal yang dipasarkan itu merupakan mangsa haiwan-haiwan yang dahagakan wang ringgit!!
Budak boleh maafkan sekiranya MLM yang dilakukan tidak berkait dengan pendidikan.
Namun, budak sangat sangat sangat terkilan dengan haiwan yang memperdagangkan pendidikan.

Pendidikan merupakan hak asasi setiap manusia dimuka bumi ALLAH ini.. dan tidak dinafikan lg, ILMU adalah percuma. Semua perkara dipelajari dengan percuma.
Dari kitab Injil smpailah ke AL-Quran sekalipun, tidak ada sedikitpun unsur perniagaan dan perdagangan yang dikenakan oleh JUNJUNGAN kita yang terdahulu. Namun setelah wujud zaman pencetak, setiap buku yang dikeluarkan diletakkan harga sebagai bayaran balik kepada pencetak dan dianggap sebagai upah dan pulangan modal.

Namun pada hari ini, portal pendidikan ini dijadikan sebagai alat untuk mempergiatkan lagi jual beli dan penyertaan oleh haiwan-haiwan didalam multilevel marketing ini.

Ini kerana, setelah mengikuti taklimat dan menjalankan sedikit reseach secara peribadi,
perniagaan ini dijalankan bukan untuk membantu pelajar lagi, namun sebagai penggalak kepada penghasilan duit dengan cara menambahkan ahli bawahan.
Setiap ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka untuk menyertai portal ini wajib membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan produk, dan mereka harus menjualkan produk itu kepada orang lain dan menjadikan orang itu sebagai ahli bawahannya dan proses itu diulangi sama seperti permulaannya oleh setiap ahli bawahan. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pendapatan ahli yang teratas kerana dia merupakan pembekal produk kepada ahli-ahli bawahannya.

Sangat menyanyat hati bila pendidikan yang wajib diberikan secara adil dan saksama kepada setiap pelajar diperlakukan begini. Untuk ibu bapa yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim, dan keluarga yang dibawah tanggungan zakat, apakah yang akan mereka dapat?
Mereka tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk mendaftar pada program portal pendidikan ini. Ini mencetus kepada jurang pendidikan yang semakin jauh dimana golongan yang berkemampuan sahaja dapat menikmati pendidikan yang sempurna sebaliknya yang tidak berkemampuan akan terus ketinggalan dibelakang ditelan arus kewangan.


Bukan itu sahaja, perniagaan MLM ini juga dilihat sebagai satu bentuk penjajahan baru dalam ekonomi masa kini. Menambah ahli, lagi kaya.. Yang dah kaya dan berada diatas, terus kaya, yang tidak kaya dan berada dibawah, terus tidak kaya. Nak kaya, tipu orang ramai-ramai, ajak sertai, bila diorang dah sertai, dapat duit orang yang ditipu, kaya lah anda. Ape kah itu satu perniagaan yang HALAL?

Renungkan lah.. Budak bercakap dari pandangan bebas budak yang mahukan kebebasan pendidikan. Untuk diri sendiri, rakyat jelata, dan anak-anak harapan bangsa.

Maaf buat siapa-siapa yang tersinggung, ahli-ahli edata, dan terlebih dahulu buat rakan yang aku pandang ko sebagai sahabat dari tadika smpai ke universiti.. Dan sekarang, baru aku tau siapa ko sebenar..

Tolong sertakan komen-komen anda, terima kasih.

Monday, October 18, 2010

Penarik Balikkan....


Saya selaku admin untuk blog ini,
Ingin menarik balik entry yang lalu.
Bila Pendidikan Dimanipulasi dan Dimonopoli....
Atas sebab telah mencetus pertelingkahan sesama manusia.

Perkara ini terpaksa dilakukan bukan kerana saya mengalah dengan tomahan yang telah saya lalui.
Sebaliknya untuk memuat naik entry yang lebih hangat pada lain masa.
Lantas membidas dan memperjuangkan hak asasi manusia sejagat.

Terima Kasih atas komen yang diberikan.
Perhatian anda amat saya hargai dan saya ambil sebagai pendapat yang positif dari beberapa segi yang akan saya pertimbangkan.
Sekian.. Salam..
.BUDAK.

Wednesday, September 29, 2010

Long Time No Type....


Salam Tok Sume..

Saje nk crik pasal post word bebesau...
Nk bg Tau.. PC hilang..
So x leh Update...
Sekian....

Thursday, September 2, 2010

Sakit Itu Sedap Bagiku...


SAKIT-SAKIT YANG BEST!!

Npe sakit-sakit best??
Sbb puas sakit hati melantak mse buka smlm..
Pas tuh.. Sakit-sakit.. Dpt lak belaian manje dari bdk kecik..
Sakit-sakit..
Sapu sapu ubat.. Nyum nyum..
Bagus bagus.. Best jugak...

Pas tuh.. Sakit-sakit, bwak moto balik uniten...
Sakit-sakit nk ketoilet..
Sakit-sakit bwak laju..
Lagi sakit ngok tetibe meter putus lg..
Uh Oh!!
Last usha bru 150km/h.. X kn da putus lg..
Lemah tol.. huhu..

Sakit-sakit..
Menyempat lyn coner kat ilsas...
Ble balik Bilik..
Sakit-sakit dpt email dari pn.romaizu..
Owh damn!! Mish him soooo much!!
Sakit-Sakit hilang hilang...
Sbb sok nk dating sme makcik romaizu... Owwwyeah!!

Sunday, August 29, 2010

Kalau lah........

Persiapan Beraya Episod 1.

Pada ahad lpas.. Sedang menanti waktu berbuka bersama member.
Terbuka 1 topik perbualan yg tak kurang menarik nyer..
Topik dimulai dgn kerisauan menghadapi exam yg mendatang..

"Tp.. Pe kaitan nk exam dgn persiapan raye?"
"Byk kaitan nyer cu.. Kalau x raya ble lg nk melaram...."

Dimudahkan citer.. Hp yg sy gne skrg ni... Nokia 6260 Slide..
Ade GPS dgn Wifi.. Ok la tok on the go phone dgn 5Mp camera.
Tp still ade 1 kekurangan yg wat hati membuak2 je nk tuka phone..
Kemampuan tok membaca PDF, WORD, EXEL, n P.Point.

Acteli da short listed hp2 yg value for money dan berbaloi tok dibeli..
Dalam range 1k.. Sume ade, dgn design yg chantek2..
Harap dpt membantu sesape nk beli phone baru tok raye nih oke.

Antara yg berjaya menambat hati.


N86, 8Mp..



Nokia X6.. So So for style.. Do less in features.


Sony Ericsson Satio.. Freak..



Sony Ericsson Xperia mini pro.


Nokia C6.
Yg ini paling nyaris nk beli dah..
Tp pk pk syg nk kuar duit, x jdik jugak beli..
Tp duit yg disayang2 tu hbs jugak.. Cis Btol!

Okeh.. Da ade short list yg terbaek..
Bleh la sesape nk tuka hp, Crik yg lebey2 kuang mcm yg diatas.
Da abes review dan mereka2 ni antara yg terjimat dari yang terhebat.

Kalau lah......
 Ade org nk bg lg duit, 600 je.. da ckop sgt nk angkat sebijik nih..
Wat raye.. Melaram Melaram.. Wuuuyeah!!





Saturday, August 28, 2010

Benda Haram....

!!MERCUN MERCUN MERCUN!!


Aiii Aii Aiiii.. Mercun mercun..
Raye x de mercun x lengkap laa ek..
So, Sape ade mercun yg menarik nk jual leh laa drop pm kat cni..
Or else.. Nk beli mercun..
ade list ni sket2 x byk tp bole la wat kasi ank bini men...

1. Mercun Roket.
2. Thunder Clap.
3. Thunder King.
4. Mercun Merdeka.
5. Mercun Das.
6. Bunga Api.

Harga dinyatakan kemudian.. Berdasarkan pertanyan dan jumlah pembelian.

Nk Raya Dah??


Ohoii.. Arini da 2 mggu lbih jgk la kan kte berpuasa..
Sekejap je rase nyer..
Oke Oke.. Lan2 nk aye nih..
Org msti dok perabih duit beli persiapan raye..
Tp ntah laa.. mkn nk raye, Bnda2 ni plak yg dibeli oleh saye..


Heheh.. Delta Fan, 9.2mm, 110Cfm... Cost me, RM50..
Dgn, Swiftech Apogee GTZ, cost me, RM150..
Total : RM200..
Plus, Tuka minyak itam, Brek, Spoket moto dgn plug.. RM100..
Da RM300 hlg bangang jek...

Haiss.. Beli bukan men syok.. Lupe diri sebentar yang,
PSU comp sampah cap ayam.. Cis Btol!!
Terbengkalai laa npk nyer pojek Water Cool tok pc aku nih..

Tak cukup dgn Itu.. Tetibe npk lak ini..


Perhh... Seses aku rindu nk melyn corner kat ILSAS nih..
Sejak2 aku retire dari sukan melyn corner..
Atas sbb kejadian lalu.. Bearing Enjen Pecah..
akibat tershiokk sgt lyn corner kat Bukit Kelewang..

Oke.. Tp x pe.. Sbb da nk raye.. Focus lebey2 kat..


SHOPPING!!!
Huu.. Skrg byk melampau2 sale..
Tp sikit pon tak terliur...
Hehe.. Sbb pe,da shopping dlu puas2 mse seblom pose..
So, mse pose, xde nafsu dah..
hehe... kan da leh jimat duit tok merayau mse aye nt..

Oke oke.. sekian.. Nk update bnda len lak...

Wednesday, August 25, 2010

KKSB113.. Phewww....


.AKTIVITI GOTONG-ROYONG.
..23-08-2010..
.4.00 pm - 6.30 pm.

Okey.. Sbb lame da ta update blog...
Tetibe kepala membebal semcm je ble nk tulis blek...
adeiyai... pe da jdik ni Year One.. anda telah gagal menyelenggara blog anda sebaik mungkin..
Adekah ini berkaitan dgn bebanan yg membebankan dan membebani diri anda??
mungkin ya.. mungkin tak...

tak kesa laa pe citer kat atas sane..
kini saya da kembali membahankan update yg dasat2..
Okeh...
Bahan pertama..
Ari isnin.. Wow... g gotong royong..
bagus bagus sume..
dtg dgn niat nk kutip sampah...
jap lg, kutip angen je..
Lepak2 gelak2 amik gambo, dah.. blah..
Terbaeeekk kan.. hehe..

Bahan kedua..
Bersihkan masjid..
Pon same gak.. tp ni molek sket laa..
Ade la npk wat keje..
Berpeluh2 bagai.. tp x tau la peluh ke ape..
Sbb bersihkan masjid kan.. da sah2 byk gne air..
Bsah bju dek peluh ke dek air x tau la..

da pas amik gambo, posing, gelak, rakam vid sume...
mule laa aktiviti bebudak x penah jmpe skola..
wat riuh.. wat skola org mcm skola sendri..
budget sume senior2 skola tu lak kan..
pdahal yg senior nyer sorg jek..
tak kesa laa..yg penting enjoy...
okey...
ni link gambo.. nk ngok, ngok lah..
tak nk ngok pon x pe..


Sekian.. Papai...

Saturday, August 14, 2010

Berkumpul smpai berkepul-kepul....


ENTRY TADE IDEA.
HAHA!! SAJE JEK POST..

NK BG TAU DA BYK SUMBER TERKUMPUL NI..
SUME TOK PUASKAN HATI PEMBACA..
TGGU HARI JEK NK POSTING..
KEEP UP FOLLOWING..
OKE OKE..
TA OKE?
KASI OKE SAJA LAA..
DAN DAN.. DGN BERSAHAJA..
SY TELAH MEMBENTUK SESUATU.
SIKIT LAGI SIKIT LAGI.. CPAT LAA SIKIT..
DAN... TARAAA!! DA SIAP!! ADE SHAPE DISITU..

OKE.. SEKIAN.. HAHAHA!!
BLOGGER TADE KEJE.

Thursday, August 12, 2010

Fighting Umbrella Corporation




RESIDENT EVIL : SELEPAS KEHIDUPAN

Sypnosis
The fourth installment of the hugely successful RESIDENT EVIL franchise, RESIDENT EVIL: AFTERLIFE is again based on the wildly popular video game series, and will this time be presented in 3-D. In a world ravaged by a virus infection, turning its victims into the Undead, ALICE (Milla Jovovich), continues on her journey to find survivors and lead them to safety. Her deadly battle with the Umbrella Corporation reaches new heights, but Alice gets some unexpected help from an old friend. A new lead that promises a safe haven from the Undead takes them to Los Angeles, but when they arrive the city is overrun by thousands of Undead – and Alice and her comrades are about to step into a deadly trap.

poster

9 SEPTEMBER 2010
Sequel Resident Evil kembali menggegar pawagam dgn lebih aksi dlm bentuk 3D.
Kesinambungan cerita yg anda semua boleh jangka, berlawan dengan beribu makluk zombie, tembak menembak dan sebagai nyer hasil dari adaptasi permainan video nyer yg popular.

Ape yg tak sudah nyer ialah, Umbrella Corporation yg sentiasa membuat kesilapan dgn melepaskan virus ke seluruh bandar dan mengubah sumua penduduk jdik mr.zombie.
So, buat alice, x ya laa susa2 bunuh zombie tuh.. Bunuh je sume org kat umbrella corp tu..
Sbb diorang la yg cipta virus dan cipta penawar tok virus yg diorang cipta.
Bila sume da mati, da tak de lagi virus dan sume org leh hidup aman dan damai.
kan senang.. cehh!

Wednesday, August 11, 2010

Berbuka Puasa.

..SELAMAT BERBUKA PUASA..

Jam da menunjukkan pukul 6.30pm.
Ase nyer da sgt sesuai la kot tok semua org yg berpuasa keluar bersiar2 mencari juadah berbuka utk hari ini.
Tp kalau boleh jgn dilupa beberapa perkara..


Kalu ke pasar tu, mesti rambang mata kan nk beli juadah ape tok berbuka.
Maka dgn itu, kalu bleh laa, mse nk kuar tuh, beg duit tinggal je kat uma or dlam kete..Bwak duit RM10-RM15 je..
Sbb pe kne mcm ni, Bulan puasa kn bulan tok kte berjimat..
Dgn nafsu mkn yg membuak2, tak mustahil lah kalu terjadi pembaziran mse berbelanja juadah buka puasa.

Selain Itu..


Kalau tau ade majlis berbuka puasa kat masjid terdekat..
Jgn laa tidak dihadiri.. tak rugi ape pon.. Dpat pahala lgi.
Kalu ade alasan mkn tak kenyang, ingat lah..
"ALLAH berikan kita 24jam sehari, dan kita berpuasa cuma 1/2 hari dari masa yg diberi."
Lepas menunaikan solat jemaah, boleh je nk sambung mkn lagi kalau betol-betol tak kenyang.

Tak lupa jugak...


Kalau mkn tok berbuka tu..
Jgn laa mcm tak akan dan tak pernah jumpa makanan.
Bersederhana adalah yang terbaik dan mesti diamalkan sepanjang bulan ramadhan ini.

Kalau tak..


Apa pon tak jadi nanti.. Bila perot da penuh,badan pon malas..
So, akhir kata....
Berpada-pada lah yaa..
Salam...

Monday, August 9, 2010

Keperluan Puasa..

Assalamualaikum..
Hari-hari ni sume org sibuk nk menyambut bulan Ramadhan.
Ade yg mempersiapkan diri dgn mengganti puasa, bermaaf2an, dan pelbagai lg.
Sekalian dgn itu, ade laa sikit nk kongsi bersama pembaca sume tentang persiapan berpuasa..

Ape nk dikongsikan adelah,
..Hidangan semasa bersahur..
Waktu pagi, lagi ble baru celik mata, mulut msti rase kelat.
 Masak laa udang ketam bagai tetap tade ase ape.
Ape yg baik tok sahur dan menaikkan selera kita adelah :

1. Air Teh Panas.

Terbaik tok hilangkan rase kelat dalam mulut.

2. Mushroom Soup.

Terbaik tok naekkan selera dengan merangsang deria hidung.
Selain itu, bnda ni jugak berkhasiat dan sedap disental.

3. Roti.

Makanan simple, mudah dihadam, dan berkarbohidrat tinggi.
Awal pagi nk telan nasi, mmg ta lalu laa..
Jadi, roti lah pilihan terbaik.

4. Kurma.

Hah! ni yg terbaik.. Lengkap dengan kandungan gula dan khasiat yg diperlukan badan.
Juga mengikut sunnah.

Okay.. Ni menu ringkas sahur tok student dan mereka-mereka yg mengalami kemalasan nk siapkan nasi goreng ayam goreng
roti canai rojak char kuey tiaw sume.
Selamat mencuba dan selamat berpuasa..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..


Assalamualaikum buat semua pembaca 
BLoK To BlOg yg dikasihi..
Menjelang Ramadhan ini, sy Noor Raizad bin Japar, selaku penulis 
BLoK To BlOg
ingin mengucapakn selamat berpuasa kepada semua pembaca, pengikut, dan sekalian umat ISLAM khususnya.

Mengambil keberkatan Ramadhan ini,
sy ingin memohon ribuan ampun dan maaf, halal dan ikhlaskan segala kesalahan, kesilapan, dan ketidak sempurnaan coretan yg tertulis didalam BLoK To BlOg ini.

Sy doakan anda semua pembaca BLoK To BlOg dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan penuh keberkatan dariNya.. InsyaALLAH..

..Sekian..
..Wassalam..


Sunday, August 8, 2010

Orange Sky, Yellow Smile =)


..7 OGOS 2010..

Pada sabtu smlm, niat nk gi mengusha butik timberland di Lot10 BB bertukar perkara laen.
Ape perkara nyer.. Mari kte ikot flow..


Turun je monorel.. Tetibe npk bnyak manusia kat bawah sane..
Ade break dance battle n cheerleader npk nyer..
Jengah lg, npk jln ditutup n kereta bersesakkan..


Mesti ade event best nih.
So, kami pon turun untuk melihat dgn lbih dekat lg ape yg berlaku.
Skali skali turun....


Ade b boy battle n judges nyer dok tercangak ats van tuh..
Ade npk ni jugak..


Awal?? Pelakun dan pengacara terkemuka..
Oke.. dah kompom ni event besar..
Usha2, Bru tau, ni event F&N Funky Fresh X Jam Street Fest.
Kewl.. De consert, games, free gift, show and many more..

Dan kami pon melyn konsert oleh..


YUNA!!! Dan Seboornyeee.. ade..


TILU!!!
Fuhh... Sgt best live diorg.. Dgn kualiti speaker yg baik..
Tmbah lg dok betol2 dpn pentas.. Sbb x rmai sgt org lg..
Dgn cuaca yg mendung ditambah dgn kipas berwap air..

Kendian ade..


Big Yellow Smiley!!
Tok ape??


Smiley tu dibuat tok membiarkan manusia2 berbaju percuma kuning dan hitam mcm kami nih duduk didalam nyer dan membentuk smiley terbesar diASIA dan jadi rekod..
Wah!! Sgt berbangga yerrr dpt wat join mcm ni..
Selain itu.. ade lagi....


Byk nyer belon oren ni na wat pe?


Haa.. Lapas!! Ni la dia.. Stiap belon tu membawa mesej yg ditulis dan diikat pada nyer..
So, dia akan terbang mambawa mesej2 yg ditulis trus keudara..
dan mencetuskan kemalangan kapal terbang dan helikopta.


..Orange Sky, Yellow Smile..


Dan....

(Human Smiley dan sy ade dalam sane!!)

Baju2 ni design n print sndri..
Dan Ini yg saya dapat dari event tersebut..
((PERCUMA))


Perenggan Akhir..
Event ni sgt best.. Ade bittersweet, Estrella, Tilu, Yuna, Hujan dll..
Dari B-Boy show, pon bertenaga juga.. byk gmbr tp x upload sume..
Penganjur lak, sgt bgus.. Sbb sediakan kipas berwap tok penonton..
Pengunjung lak, Bagus jugak.. Sbb x menggila sgt.. So x seram sgt..
oke.. Sekian.. Lyn....
Others..